Monday 15 July 2019

Pengalaman Melahirkan anak kedua (induce)

Okay hai.berasa sangat terpanggil nak buat blog pengalaman bersalin anak kedua.So betul la orang cakap setiap anak tu pengalaman bersalin tu lain-lain.Ini terjadi kepada sis 😂 sebab siap ambik cuti awal 2 week before due sebab anak 1st lahir 39w so dalam fikiran anak kedua mesti keluar awal tapi tup2 overdue.hamikk.😅

So bermula la cuti di kampung dan tiap-tiap hari menunggu kelahiran baby kedua.Setiap hari pujuk baby cepatla keluar dan tiap hari jugak macam-macam exercise yang sis buat (yoga,jalan itik,bersihkan toilet,squat) dan jangan lupa baca tips kawal pernafasan untuk senang bersalin,yang ni sis baca kat ig ejaconfinment memang sangat-sangat membantu.Minggu berganti minggu dan akhirnya pada 5 july 2019 kene la serah diri dekat hospital teluk intan sebab hospital sabak hanya terima pesakit melahirkan secara normal.So pagi tu bangun siap-siapkan barang nak pergi hospital and nasib baik zarra tido lagi.Sebelum pergi rasa sedih nak tinggalkan anak 1st sebab zarra tak pernah tido tak ada mama.Dalam jam 9 camtu sampai sana.dah siap daftar semua and dapat duduk wad.So nurse cek ctg and doktor pasang jarum untuk senang masukan drip and ubat.contraction still xada lagi boleh makan and baring dengan tenang.Dalam jam 12 tengah hari doktor datang cek bukaan and doktor tolong bukak kan jalan dah 1cm.contraction ada sikit tapi just minor.Bila dah 1cm dah ada tanda turun darah sikit dan sis pon berharap jangan induce sebab orang cakap induce tu lagi sakit dari normal sebab secara paksa.


So esok pagi tu dalam jam 6 pagi siap-siap mandi and solat minta Allah permudahkan semua urusan.Jam 6.45 pagi gerak ke wad bersalin bersama dua orang pesakit lain.Sampai kat wad macam biasa cek ctg and tekanan darah.8.05 pagi doktor cek bukaan dan masukan ubat kat bawah.kene baring selama sejam.Dalam 9.05 tu contraction datang.setiap minit kira rupanya contraction datang 5 minit terus.fuhh sakit tak sempat nak rehat.dalam jam 10 cakap dengan husband nak jumpa kejap nak cari kekuatan sebab contraction datang kuat.doktor ada suggest untuk mintak ubat kalau tak tahan sangat.baby akan tido sejam and contraction hilang tapi dalam fikiran sama je nanti tetap sakit jugak so tahankn jela sampai jam 11.30 tu rasa tak tahan sangat rasa macam nak berak.so inform kat doktor and doktor cek bukaan dah 5 cm terus kene tolak labour room stage 2.sebelum pergi sempat bg taw kat husband.ohh untuk pengetahuan lepas kene induce selepas 6 jam ubat dimasukkan baru laa doktor akan cek bukaan tapi kalau dah ada tanda-tanda macam nak terberak tu cepat-cepat bg taw doktor.jam 11.41 sis selamat melahirkan baby girl 3.21kg.Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan cara teknik pernafasan yang betul koyak pun sikit je.lepas je doktor pecahkan air ketuban bukaan full and 3 4 kali push baby selamat keluar.tapi yang lawak doktor siap kene marah dengan sis sebab lambat pecahkan air ketuban tak tahan dah nak teran 😂.So itu la pengalaman sis untuk anak kedua.anak 1st 39w anak 2nd 40w 6 day
                    Sepupu rania datang tengok dy